Aktiviti & Makluman

Hari Kebangsaan 2022: JPS johan kawad peringkat negeri Perak

Kontinjen Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) muncul johan kawad kategori jabatan kerajaan sempena perbarisan Hari Kebangsaan 2022 Peringkat Negeri Perak, di pekarangan Dewan Bandaran Ipoh di sini, hari ini.
Tempat kedua dimenangi Jabatan Kerja Raya (JKR) tempat kedua dan ketiga Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk).
Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) pula muncul johan kawad kategori pihak berkuasa tempatan, badan berkanun, swasta dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) diikuti Perbadanan Pembangunan Pertanian Negeri Perak dan Lembaga Air Perak.