
Selamat Datang ke Sistem Maklumat
Saliran Mesra Alam
Kerangka tindakan penyelesaian jangka panjang secara komprehensif bagi mengatasi banjir kilat di kawasan kajian.

Bahagian Saliran Mesra Alam
Menyediakan khidmat kepakaran dalam pengurusan air hujan yang cekap dan berkesan melalui pendekatan pencegahan bagi menangani masalah banjir kilat dengan menggunakan Manual Saliran Mesra Alam (MSMA)
Kuantiti Air
Mengenal pasti langkah-langkah jangka panjang untuk mengurangkan risiko banjir
Maklumat LanjutKualiti Air
Mengenal pasti langkah-langkah jangka panjang untuk mengurangkan impak pencemaran (non-point source) kepada sungai dan saliran
Maklumat Lanjut
Pelan Induk Saliran Mesra Alam
Kajian Pelan Induk Saliran Mesra Alam (PISMA) merupakan satu kerangka tindakan yang menggunakan konsep ’kawalan di punca‘ seperti dalam Manual Saliran Mesra Alam bagi pengurusan air larian hujan. Kajian PISMA ini perlu dilaksanakan terlebih dahulu untuk mengenalpasti punca-punca kejadian banjir kilat yang berlaku dan sebagai rujukan dalam merancang infrastruktur saliran serta mengenalpasti langkah-langkah penyelesaian jangka pendek dan jangka panjang secara komprehensif bagi menangani kejadian banjir kilat. Antara objektif utama PISMA adalah:
- Untuk merangka pelan induk jangka masa panjang dalam pengurusan air larian hujan untuk mengurangkan risiko banjir
- Untuk merangka pelan induk jangka masa panjang dalam pengurusan kualiti air larian hujan menggunakan Teknologi Tersedia Terbaik (BAT) atau Amalan Pengurusan Terbaik (BMPs) untuk mengurangkan kesan pencemaran pada air / badan air.
- Untuk membangunkan Inventori Aset Sistem Saliran.
Aktiviti & Makluman

Pelaksanaan MSMA secara efektif perlu libat semua pihak
PUTRAJAYA: Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof menekankan, kerjasama antara Kementerian Perumahan dan Kerajaan...
Selanjutnya
Malaysia tumpukan penerapan PISMA untuk bangunkan bandar tahan bencana
SINGAPURA: Kementerian Kerja Raya Malaysia akan menekankan penerapan Pelan Induk Saliran Mesra Alam (PISMA) untuk...
Selanjutnya
Amaran banjir kilat dalam tempoh 24 jam dikeluarkan bagi enam negeri
Pusat Ramalan dan Amaran Banjir Negara (PRABN) Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), hari ini mengeluarkan...
Selanjutnya